SEKURANG-KURANGNYA 13 terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang terbalik di lebuh raya di Macedonia Utara semalam, kata menteri kesihatan.
Venko Filipce berkata jumlah kematian mungkin meningkat kerana masih ada mangsa yang sedang menjalani pembedahan dan dalam keadaan kritikal susulan kemalangan di KM20 dari ibu kota Skopje. Kira-kira 50 orang menaiki bas itu.
Ketua pusat kecemasan hospital Skopje, Ilir Asani berkata sekurang-kurangnya lima cedera parah termasuk seorang wanita hamil.
Pihak pendakwa raya berkata siasatan dijalankan terhadap kemalangan yang berlaku di mana sebuah bas dari syarikat Durmo Tours menyimpang ke pengadang di lorong bertentangan di lebuh raya itu, sebelum terbalik berhampiran kampung di Laskarci. – AFP, 14 Februari, 2019.
Komen