SATU aplikasi perbandingan harga barangan yang diwujudkan kerajaan kurang mendapat sambutan kerana tidak mempunyai senarai yang lengkap selain memaparkan percanggahan harga barangan asas dan makanan di seluruh negara.
Aplikasi ‘Price Catcher’ dicipta oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2017 untuk membantu pengguna menangani kenaikan kos sara hidup.
Dengan menggunakan aplikasi itu, pengguna boleh mencari senarai barangan seperti makanan, produk pencuci, lampin dan susu bayi dengan harga lebih murah.
The Malaysian Insight menjalankan satu ujian di tiga buah kedai pada 12 dan 13 Februari di Lembah Klang yang menunjukkan terdapat kebaikan dan keburukan aplikasi itu untuk mencari harga yang terbaik.
Antara kebaikannya, aplikasi ini menyenaraikan pasar raya popular dan rangkaian pasar raya yang terdapat di negara ini seperti Giant, Tesco, Econsave dan Aeon Big.
Aplikasi itu ini juga mempunyai liputan senarai di semua daerah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula dari Tumpat ke Kuala Penyu ke Kapit.
Tinjauan The Malaysian Insight juga mendapat kebanyakan harga barangan kecil yang terdapat di kedai yang dikunjungi, pada dengan harga dalam aplikasi tersebut, kecuali dua perkara.

Pertama, keburukan aplikasi itu adalah tidak semua kedai memuatnaik harga lebih 400 barang yang terdapat dalam aplikasi itu dan harga untuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawat tidak tersedia.
Malah pengguna dan staf pasar raya yang ditemui oleh The Malaysian Insight mengakui tidak tahu tentang kewujudan aplikasi tersebut.
“Ia nampak berguna, saya mahu mencubanya,” kata Sabariah Azman selepas menggunakan aplikasi itu untuk menyemak harga ayam segar.
Beliau memuat turun aplikasi itu selepas ditemu bual oleh The Malaysian Insight di luar pasar raya Mydin di USJ, Subang Jaya.
Pengguna bijak
Aplikasi itu merupakan sebahagian program 1Pengguna oleh kementerian tersebut dan menyasarkan untuk mewujudkan pengguna yang berbelanja dengan bijak dan berhemah.
Ia boleh didapati secara percuma dalam Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App store bagi pengguna IOS.
Buat masa ini, aplikasi itu menyenaraikan 446 makanan asas dan barang keperluan rumah dengan dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu makanan segar, bekalan runcit (rempah kering dan herba), makanan bertin dan berbungkus, produk bayi, produk pembersihan (sabun dan serbuk pencuci) dan minuman.
Kesemua kategori utama ini dipecahkan kepada subkategori seperti ayam, daging, buah-buahan, sayuran, makanan laut, telur dan mee segar.
Aplikasi ini tidak hanya menyenaraikan pasar raya popular tetapi pasar basar tempatan dan pasar raya mini yang terdapat di sesetengah negeri. – 14 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen