Mahkamah Perancis arah Google padam klausa 'mengarut'


Google berkata keputusan mahkamah itu berkait dengan perkhidmatan media sosial Google+ yang akan ditutup pada April dan syarikat itu berusaha untuk memperbaiki dan mempermudahkan syarat kepada pengguna. – Gambar EPA, 13 Februari, 2019.

SEBUAH mahkamah Perancis mengarahkan Google untuk memadamkan klausa ‘mengarut’ dalam syarat yang memerlukan pelanggan untuk menerima perkhidmatan syarikat gergasi Internet itu.

Google juga perlu membayar ganti rugi sebanyak 30,000 euro kepada kumpulan pengguna Perancis UFC-Que Choisir yang berjuang selama lima tahun untuk membantah amalan tidak wajar syarikat tersebut.

Keputusan mahkamah daerah Paris itu bagaimanapun boleh dirayu.

Google berkata keputusan mahkamah itu berkait dengan perkhidmatan media sosial Google+ yang akan ditutup pada April dan syarikat itu berusaha untuk memperbaiki dan mempermudahkan syarat kepada pengguna.

Syarikat itu berkata pihaknya akan mengambil masa untuk mengkaji keputusan mahkamah itu dan menilai pilihan lain.

Sementara itu UFC-Que Choisir berkata hakim mengarahkan Google untuk memperbaharui semula terma dan syarat bagi mendapatkan persetujuan pengguna berhubung cara syarikat itu mengumpul maklumat peribadi mereka.

Ia termasuk persetujuan untuk memantau lokasi pengguna.

Kumpulan pengguna itu turut mengemukan kes yang sama terhadap Twiiter dan Facebook.  – AFP, 13 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen