78 tahanan melarikan diri dari penjara Haiti


Penduduk membuat demonstrasi mendesak Presiden Haiti, Jovenel Moise meletak jawatan. – Gambar AFP, 13 Februari, 2019.

SEKURANG-kurangnya enam orang maut dalam demontstrasi menuntut Presiden Haiti, Jovenel Moise meletak jawatan.

Seramai 78 tahanan pula dilaporkan melarikan diri dari penjara di Aquin, sebuah bandar yang berpenduduk sekitar 100,000 orang di pantai selatan semenanjung Tiburon.

Keadaan sebenar di penjara tidak jelas namun saksi mengatakan berlakunya demonstrasi anti-Moise di depan balai polis bersebelahan penjara.

Sekitar 200 km di utara penjara juga menyaksikan pertembungan antara polis dan beratus-ratus penunjuk perasaan.

Selepas polis mengarahkan mereka bersurai, ada yang membakar kereta dan merompak kedai bagi menyatakan kekecewaan mereka terhadap ketidakseimbangan sosial yang bertambah buruk.

Bekas negara jajahan Perancis ini berada dalam krisis politik yang menyaksikan penduduk melakukan demonstrasi di sepanjang jalan sepanjang minggu lalu menuntut peletakan jawatan Jovenel.

Beberapa sekatan dibuat di beberapa kawasan di ibu kota dan bandar bagi menghalang penunjuk perasaan melakukan protes.

Polis hanya menyediakan tol selepas hari pertama demonstrasi di seluruh negara pada 7 Februari dengan dua terbunuh di luar kawasan sempadan.

Dalam keadaan gawat itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengarahkan semua kanak-kanak yang ditempatkan di kedutaan Amerika di Haiti untuk meninggalkan negara berkenaan.

Keadaan penjara di Haiti dianggap sebagai salah satu kawasan paling tidak manusiawi di dunia oleh kumpulan hak asasi manusia.

Tahanan terpaksa berdepan keadaan sesak, tahap kebersihan yang lemah, kekurangan makanan dan kurang penjagaan kesihatan.

Sistem keadilan yang sangat lambat menyumbang kepada krisis yang berlaku.

Pada Oktober lalu, satu siasatan mendapati tiga perempat dari 11,839 orang yang dipenjarakan di Haiti masih menunggu keputusan mahkamah di mana kelewatan itu kadang-kadang menjangkau lebih dari satu dekad.

Penunjuk perasaan menuntut Jovenel menghentikan skandal yang berpusat pada dana Petrocaribe di mana Venezuela membekalkan Haiti dan negara-negara Caribbean serta Amerika Tengah lain dengan harga minyak murah dengan syarat kredit mudah selama bertahun-tahun.

“Presiden membohongi kami. Janji mahu memberi kami kerja supaya kami dapat membeli makanan hanyalah palsu,” kata penunjuk perasaan, Vanel Louis-Paul. –  AFP, 13 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen