BEBERAPA orang maut pada Selasa selepas kekecohan tercetus menyebabkan mereka mati dipihak pada kempen Presiden Nigeria Muhammadu Buhari beberapa hari sebelum pilihan raya, kata pejabatanya.
Presiden “sudah dimaklumkan tentang kematian tragis beberapa ahli partinya, Kongres Progesif Semua (APC) dalam kejadian pijak memijak pada perhimpunan presiden diadakan di Port Harcout di Negeri Rivers,” kata kenyataan itu pada lewat Selasa.
Media tempatan melaporkan yang kekecohan tercetus pada hujung himpunan, diadakan dalam Stadium Adokiye Amiesimaka, apabila hadirin cuba keluar menerusi pintu yang terkunci.
“Mereka dibelakang menolak dan menekan mereka didepan menyebabkan ada yang terjatuh dan dipijak,” kata wartawan Egufe Yafugborhi daripada akhbar Vanguard.
Tragedi itu membunuh sekurang-kurangnya 14 orang, menurut jurucakap hospital.
“Masih ada sedang dirawat di Kecemasan, jadi kami tak pasti jumlah sebenar ketika ini,” kata Kem Daniel-Elebiga kepada AFP.
Pilihan raya umum negara Afrika paling ramai penduduk itu akan diadakan Sabtu ini, menyaksikan Buhari bertanding untuk penggal kedua empat tahun menentang bekas naib presidennya Atiku Abubakar dalam pertempuran sengit.
Sejak beberapa minggu lepas, ketegangan mula timbul antara APC dan parti Abubakar, Parti Demokratik Rakyat (PDP).
PDP mendakwa kerajaan cuba memanipulasi pilihan raya, APC pula mendakwa pembangkang cuba buat kecoh.
Lima maut pada hujung minggu lepas apabila penyokong dua parti utama itu bergaduh di selatan negara itu, kata polis pada Isnin.
Mangsa yang semuanya ahli APC mati ditembak pada Ahad di sebuah apartmen di Effurun, sebuah bandar berhampiran Warri, kata polis.
AS, Britain dan Kesatuan Eropah secara terbuka memberi amaran tentang manipulasi pilihan raya dan keganaan, turut meluahkan kebimbangan dengan tindakan Buhari menggantung khidmat tugas hakim tertinggi Nigeria bulan lepas.
Pilihan raya terakhir Nigeria adalah pada 2015, dianggap bebas dan adil, tetapi pilihan raya negeri dan tempatan serta pemilihan presiden dicemari dengan keganasan serta dakwaan penipuan.
Tetapi minat antarabangsa terhadap pilihan raya Nigeria berkurangan kerana pentadbiran AS memberi tumpuan kepada isu tempatan mereka serta Britain pula bergelut dengan isu keluar EU. – AFP, 13 Februari, 2019.
Komen