POLIS Istanbul merampas dua tan marijuana semasa operasi anti-narkotik pada Selasa lapor agensi berita Anadolu memetik Menteri Dalam Negeri Turki.
Suleyman Soylu berkata sekurang-kurangnya 200 pengedar dadah turut ditahan dalam operasi di wilayah Bursa, barat Turki itu.
Seramai 4,000 pegawai polis menyertai operasi berskala besar itu yang turut membabitkan anggota pasukan khas serta anjing pengesan. – Bernama, 12 Februari, 2019.
Komen