Bilionair China selar Australia sebagai 'bayi gergasi'


Agensi perisikan Australia percaya Huang Xiangmo mengetuai kumpulan yang menjalankan kempen untuk mengganggu politik Australia. – Gambar AFP, 12 Februari, 2019.

SEORANG bilionair China yang dilarang memasuki Australia, menyelar Canberra sebagai ‘bayi gergasi’ kerana gagal mendapat tempat dalam politik antarabangsa.

Huang Xiangmo, yang menetap di Sydney, diharamkan memasuki Australia kerana disyaki menyebarkan pengaruh komunis di negara itu.

Beliau merupakan penyumbang besar kepada dua parti utama di Australia sebelum dilarang memasuki negara itu pada minggu lalu dan visa penduduknya dibatalkan serta permohonan kerakyatannya ditolak.

“Tempoh bayi gergasi untuk membesar mengambil masa, dan Australia masih perlu menempuh jalan yang panjang. Saya memahaminya.

Taikun hartanah itu mengetuai satu daripada majlis penyatuan yang menyokong dasar Parti Komunis China.

Agensi perisikan Australia percaya kumpulan itu menjalankan kempen untuk mengganggu politik Australia.

Pakar China dan bekas pegawai perisikan Australia berkata kumpulan tersebut mengambil arahan daripada Parti Komunis China.

Bagaimanapun Hung berkata pihak berkuasa Australia tidak menjelaskan kesalahan yang dilakukannya.

Beliau juga mendakwa bahawa Australia mengamalkan dasar yang tidak bertoleransi selain sentimen perkauman dan populisme yang semakin meningkat.

“Jika anda melayan bangsa Cina seperti hari ini, anda akan melakukan perkara sama kepada bangsa Yahudi dan Arab esok. Ini perkara yang paling berbahayal,” katanya.

Hung juga berkata larangan yang dikenakan Australia memberi kesan teruk terhadap keluarganya.

“Tiga generasi keluarga saya tinggal di Australia selama tujuh tahun,” katanya.

“Mereka semua rakyat Australia dan negara itu merupakan rumah mereka.” – AFP, 12 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen