Gempa 5.1 magnitud gegar Teluk Bengal India


Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud itu mengegar pada 7.02 pagi waktu tempatan. – Gambar EPA, 12 Februari, 2019.

GEMPA bumi sederhana melanda Teluk India pada  Selasa, demikian menurut pegawai Jabatan Meteorologi India.

Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud itu mengegar pada 7.02 pagi waktu tempatan.

“Pusat gempa terletak pada 14.5 darjah utara dan 85.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer,” kata  kenyataan jabatan itu.

Setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kehilangan nyawa.

Gempa berkekuatan 7.8 magnitud pernah melanda negara jiran India, Nepal pada  2015, menyebabkan kemusnahan skala besar dan mengorbankan lebih 5,000 nyawa selain mencederakan 8,000 orang. – Bernama, 12 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen