Tiada diskaun buat masa ini, kata pengusaha stesen minyak


Noel Achariam

PENGUSAHA stesen minyak tidak akan memberi rebat dengan mekanisme harga bahan api mingguan dalam masa terdekat kerana masih belum membincangkan proses pelaksanaan dengan pihak berkepentingan.

Sebarang diskaun mesti diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Timbalan Presiden Malaysia Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) Manshor Abdul Ghafar.

Beliau berkata tiada kaedah jelas mengenai bagaimana proses diskaun itu akan berlaku.

“Pada masa ini, kami mahu membiarkan proses peralihan perubahan harga bahan api daripada bulanan kepada mingguan dijalankan dahulu sebelum melaksanakan sebarang diskaun.

“Ini adalah kali pertama pengusaha stesen minyak mengendalikan perubahan harga minggu.

“Ia masih terlalu awal untuk mengukur berapa banyak diskaun boleh diberikan dan kaedah. Mungkin dalam satu atau dua bulan, kita dapat melihat apa yang boleh dilakukan.”

Kementerian itu berkata minggu lepas, harga bahan api baru akan diumumkan setiap Rabu dan berkuat kuasa pada hari berikutnya. Mekanisme baru berkuat kuasa pada 29 Mac.

Ia juga berkata, pengusaha stesen minyak akan dapat memberi diskaun ke atas harga bahan api, tertakluk kepada kelulusan kementerian.

Manshor berkata, jika pengusaha memberi diskaun, ia perlu dirancang dan dilaksanakan dengan betul.

“Kita perlu merancang semua butir dan tidak mahu membebankan pemegang amanah, kerana kami semua menjalankan perniagaan secara kolektif.

“Sebagai contoh, jika kita mula memberikan diskaun dan ia tidak sepadan dengan akaun kami dan kos operasi, maka ia akan menjadi sukar,” katanya.

Pihak pemegang amanah bersedia bertemu dengan para pegawai untuk melihat bagaimana mereka boleh menjalankan promosi.

“Ia akan mengambil sedikit masa sebelum apa-apa diskaun diberikan. Ketika ini, harga akan sama sebagaimana pengumuman kerajaan.”

Manshor berkata papan harga, yang akan dipaparkan di stesen, hanya akan dilaksanakan apabila peniaga mula menawarkan promosi dan diskaun.

“Kami akan membincangkan bagaimana untuk memaparkan harga apabila promosi dilakukan. Meletakkan papan harga di stesen adalah tanggungjawab syarikat minyak, kerana mereka adalah pihak yang membuat keputusan mengenai harga.

“Kebanyakan pengusaha stesen menyewa tapak daripada syarikat minyak. Mereka yang memiliki tapak itu perlu meletakkan papan harga mereka sendiri,” katanya.

Manshor berkata penetapan harga baru akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya kerana ia akan dikira setiap minggu dan selaras dengan harga pasaran global semasa.

Beliau berkata sebelum ini, pengguna jalan raya terpaksa menunggu sebulan bagi pelarasan kepada harga bahan api.

Bendahari Agung PDAM Khairul Faizi M. Zin, yang mengendalikan stesen minyak Petronas di Puchong, berkata tiada diskaun pada masa ini.

“Mekanisme harga automatik (APM) memberi kita margin tetap untuk menampung operasi kami dengan sedikit lebihan, bergantung kepada bagaimana kami mengurus perbelanjaan.

“Ia tidak mengambil kira turun naik harga atau diskaun. Dengan margin semasa, saya tidak melihat sebarang kemungkinan menawarkan sebarang bentuk diskaun.”

Khairul berharap harga bahan api mingguan akan memberikan harga lebih baik berbanding bulanan.

“Saya berharap perubahan lebih kecil dalam harga (kurang daripada 5 sen). Ini akan memberikan sedikit kestabilan.

“Lompatan harga yang besar bukan sahaja memberi kesan kepada kami peniaga tetapi juga pelanggan dan akhirnya, barangan pengguna lain,” katanya.

Rosaniza Mohd Ismail, yang menjalan operasi stesen Petron di MRR2 Safari sejak 10 tahun lalu, berkata ia masih terlalu awal untuk berfikir tentang diskaun.

“Sebagai keutamaan, kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik, keselamatan penuh dan kemudahan kepada pelanggan kami serta berharap perkhidmatan ini akan mengatasi perubahan harga, jika ada,” katanya. – 5 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen