Trem tergelincir di Paris, 12 cedera


Anggota keselamatan berkawal di tempat kejadian sebuah trem tergelincir di barat daya Paris. – Gambar AFP, 12 Februari, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 12 cedera dan seorang mangsa parah, apabila sebuah trem tergelincir di barat daya Paris, dalam kejadian yang jarang berlaku, kata pasukan bomba.

Jurucakap pengendali perkhidmatan rel Paris RATP berkata, punca kemalangan yang berlaku kira-kira 9 malam, membabitkan dua stesen di Issy-les-Moulineaux itu masih belum diketahui.

“Dua pengangkutan membawa penumpang itu berlanggar, ketika salah sebuah daripadanya sedang berhenti lalu dirempuh sebuah lagi dari arah belakang, menyebabkan ia tergelincir,” kata jurucakap.

Seorang jurucakap bomba sejurus selepas operasi menyelamat berakhir berkata, seorang daripada mangsa agak parah, manakala 11 yang lain cedera ringan.

Kemalangan membabitkan trem jarang berlaku di kawasan bandar yang operasinya dibuka sejak dua dekad lalu. – AFP, 12 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen