Pembiayaan bank untuk projek TRX bukti keyakinan pelabur, kata Guan Eng


Ragananthini Vethasalam

Konsortium empat bank yang terdiri daripada HSBC, Standard Chartered, Sumitomo Mitsui Banking Corp dan Maybank bersetuju memberikan kemudahan kewangan RM2.15 bilion kepada pemaju projek TRX Exchange. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Februari, 2019.

KERAJAAN kembali memperoleh keyakinan pelabur berikutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), seperti yang dibuktikan oleh pembiayaan RM2.15 bilion daripada empat bank kepada pemaju projek TRX Exchange, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kesediaan empat bank untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada projek itu menunjukkan sejauh mana bandar TRX telah pergi dan berapa banyak kemajuan dicapai oleh kerajaan sejak mengambil alih pada 9 Mei 2018,” kata Lim pada pelancaran projek itu dan majlis menandatangani pembiayaan pembangunan hari ini.

“Kita secara perlahan tetapi pasti mengusir ‘hantu’ 1MDB yang mencemarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan.”

TRX Exchange adalah pembangunan bercampur seluas 6.9 hektar dalam pembangunan TRX lebih besar yang sedang dibangunkan oleh syarikat Australia Lendlease dengan kerjasama TRX City Sdn Bhd dengan dasar usaha sama 60:40.

Anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd.

Konsortium empat bank - HSBC, Standard Chartered, Sumitomo Mitsui Banking Corp dan Maybank - memberikan kerjasama kewangan kepada kemudahan kewangan Lendlease-TRX sebanyak RM2.15 bilion untuk tempoh lima tahun.

RM2.8 bilion akan disalurkan secara berperingkat hingga 2024 dan akan menyelesaikan kerja-kerja infrastruktur di TRX.

Pada Jun, Pakatan Harapan berkata ia akan menyuntik RM2.8 bilion ke dalam projek TRX Exchange yang mengalami masalah pendanaan selepas kira-kira RM3 bilion daripada dana RM3.7 bilion disediakan oleh kerajaan terdahulu - dalam bentuk pinjaman dijamin, lanjutan pendahuluan dan pemindahan serta pembelian tanah daripada TRX City - disalahgunakan daripada 1MDB.

Kerajaan berkata penyelamatan projek itu adalah pilihan yang lebih baik daripada membayar tuntutan pampasan berjumlah RM3.51 bilion dan kehilangan RM3.7 bilion yang dipindahkan sebelum ini. – 12 Februari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen