Wakil rakyat Muslim AS mohon maaf isu anti Yahudi


Ilhan Omar memohon maaf atas kenyataannya mengatakan wakil rakyat AS menerima wang daripada pelobi pro Israel. – Gambar EPA, 12 Februari, 2019.

ILHAN Omar, seorang daripada dua wanita Islam pertama berjaya dilantik ke Kongres Amerika Syarikat (AS) meminta maaf selepas membuat kenyataan berhubung sokongan AS kepada Israel menggunakan wang daripada kumpulan pelobi pro Israel.

Wakil rakyat Minnesota itu berdepan kritikan selama beberapa minggu berhubung kedudukan di negeri Yahudi itu, tetapi keadaan bertambah buruk selepas beliau respons terhadap pengkritik Republican di Twitter pada Ahad.

“Ia tentang bayi Benjamin,” kata Ilhan, merujuk kepada not wang AS$100 yang menampilkan wajah iras Benjamin Franklin.

Ketika pengguna Twitter bertanya siapa yang dipercayainya membayar ahli politik AS untuk menyokong Israel, Ilhan yang juga bekas pelarian Somalia itu berkata “AIPAC!”, merujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel.

Twitter itu mencetuskan kekecohan dengan Speaker Dewan Nancy Pelosi mengecam Ilhan dan mendesak permohonan maaf segera kerana menggunakan sentimen anti Semitik, sementara beberapa wakil rakyat Demokrat dan Republican menyelarnya kerana bahasa yang kasar.

Ilhan kemudian mengeluarkan kenyataan maaf. – AFP, 12 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen