EMPAT tentera terbunuh pada Isnin selepas sebuah helikopter tentera Turki terhempas di kawasan kediaman di Istanbul, kata gabenor wilayah itu.
“Malangnya empat tentera kita syahid,” kata Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya kepada wartawan di tempat kejadian.
Yerlikaya berkata tiada anggota tentera atau orang awam lain yang cedera selepas helikopter itu terhempas di daerah Cekmekoy.
Insiden itu berlaku sekitar 1851 (1551 GMT), katanya dalam ulasan televisyen.
Imej televisyen Turki sebelum ini menunjukkan asap hitam tebal dari dinding di sebelah Asia Istanbul.
Yerlikaya berkata pendakwa raya Istanbul melancarkan siasatan terhadap punca kemalangan itu.
Empat tentera Turki terbunuh November lalu selepas sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan perumahan di Istanbul, mengenai sebuah bangunan empat tingkat. – AFP, 12 Februari, 2019.
Komen