BANTUAN makanan di negara bergolak Yaman yang disimpan di gudang berisiko untuk rosak, kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu hari ini, menyebabkan jutaan warga Yaman tiada akses untuk keperluan makanan.
Gudang penyimpan manakan The Red Sea Mill yang terletak di barat bandar pelabuhan Hodeida, dipercayai mempunyai bekalan bijirin yang cukup untuk memberi makan kepada jutaan rakyatnya selama sebulan. Namun ia tetap tidak terbatas untuk membantu organisasi selama berbulan-bulan.
“Bijirin Program Makanan Dunia (WFP) yang disimpan di gudang berkenaan - cukup untuk memberi makan kepada 3.7 juta penduduk sebulan - tidak dapat diakses dan berisiko untuk rosak,” kata ketua delegasi khas PBB ke Yaman dalam satu kenyataan bersama hari ini.
“Kami menekankan bahawa memastikan akses kepada kilang-kilang itu menjadi tanggungjawab bersama antara pihak-pihak dalam konflik di Yaman.”
Hodeida, dan gudang makanannya, berada di tangan pemberontak Huthi Yaman sejak tahun 2014, apabila pemberontak mengadakan pengambilalihan besar-besaran wilayah Yaman.
Ia mendorong campur tangan ketenteraan Arab Saudi dan sekutunya pada tahun berikutnya bagi pihak kerajaan yang mencetuskan apa yang disebut PBB krisis kemanusiaan terburuk di dunia. Lebih dari 10 juta rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran. – AFP, 11 Februari, 2019
Komen