Buang amalan lama jadi keutamaan Khalid Samad


Sheridan Mahavera

Anda ikut pemimpin dan tindakannya. Perkara penting yang perlu PH lakukan ialah mengubah sikap, kebertanggungjawaban, ketelusan, dan membantu kakitangan DBKL memahami bahawa mereka berada di sana kerana orang awam, kata Khalid Samad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Februari, 2019.

AMALAN bekas-bekas menteri dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) menguasai portfolio Wilayah Persekutuan telah menurun ke pegawai kanan dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Khalid Samad yang mengambil alih kementerian itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Membersihkan DBKL dari amalan ini menjadi keutamaan bagi Khalid selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya tahun lepas.

Atas sebab itulah banyak perkara yang beliau lakukan seperti mengajar pengawal lalu lintas DBKL supaya bersopan santun dan meminta kakitangan perkhidmatan pelanggan segera memberi maklum balas kepada sebarang aduan.

“Kita melatih semula kakitangan DBKL kerana kita perlu ajar mereka yang mereka berkhidmat untuk orang awam. Rakyat bukan hanya pilih menteri dan kerajaan.

“Mereka dibayar gaji oleh orang awam, jadi mereka perlu berkhidmat kepada orang awam,” kata Khalid dalam program soal jawab di Radio BFM hari ini.

“Mereka sudah biasa ikut menteri, dan menteri akan lihat kedudukannya sebagai cara untuk dapat kekayaan dan kuasa. Mereka tak ambil kisah cakap orang awam. Amalan ini jadi ikutan,” kata beliau mengenai bekas-bekas menteri di bawah kerajaan BN.

Pendahulu beliau, Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah RM3 juta daripada pemaju bagi kelulusan projek.

“Anda ikut pemimpin dan tindakannya. Perkara penting yang perlu PH buat ialah mengubah sikap, kebertanggungjawaban, ketelusan, dan (membantu kakitangan) memahami bahawa anda berada di sana kerana orang awam. Anda harus berkhidmat kepada mereka, bukan perintah mereka.” – 11 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen