NAJIB Razak menepis dakwaan berkenaan kelayakan akademiknya, berkata beliau menamatkan pengajian dari sebuah universiti di United Kingdom.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau berjaya menamatkan pengajian dari Universiti Nottingham, United Kingdom tanpa sebarang masalah.
“Tiada masalah, sudah tentu ijazah saya sah,” beliau memberitahu pemberita ketika berdar dari Mahkamah Rayuan hari ini.
Laporan berita sebelum-sebelum ini menyebut Najib memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perindustrian dari Universiti Nottingham pada 1974.
Awal hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji Chong Zhemin mendakwa Najib tidak menamatkan pengajian di universiti tersebut.
Kenyataan Adun itu menyusul selepas Presiden MCA Wee Ka Siong mempersoalkan status Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai akauntan apabila kerana laporan terdahulu menyebut setiausahan agung DAP itu menamatkan pengajian daalam bidang ekonomi di Universiti Monash.
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini menyertakan bukti bahawa Lim menamatkan pengajian dari Universiti Monash dan diterima sebagai ahli Persatuan Akauntan Australia.
“Dr Wee mungkin berminat untuk mengetahui bahawa kalendar akademik Australia berakhir pada November, sebelum cuti musim panas,” kata Pua yang juga merupakan pegawai khas Lim di Kementerian Kewangan.
“Oleh itu, menjelang akhir tahun 1983, Lim telah melengkapkan pengajian dan lulus semua peperiksaan yang diperlukan untuk mendapatkan ijazah dan tauliah untuk menjadi akauntan.”
Pua berkata Lim menerima ‘Sijil Keanggotaan’ beliau dalam Persatuan Akauntan Australia tiga bulan selepas lulus peperiksaannya pada 21 Februari 1984.
“Keahliannya diluluskan sebelum beliau menerima sijil ijazahnya pada 11 April 1984. Kedua-dua salinan sijil ini dilampirkan,” katanya.
Lim menjadi sasaran terbaharu pihak pembangkang yang mempertikaikan kelulusan akademik segelintir menteri kerajaan.
Ia susulan kontroversi yang dihadapi Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya apabila ada pihak mempertikaikan ijazah pentadbiran perniagaan yang dimilikinya dari Universiti Cambridge di Britain.
Bagaimanapun Marzuki menjelaskan kelulusannya itu diperoleh daripada sebuah universiti dari Amerika Syarikat.
Pembangkang turut mempersoalkan kelayakan akademik yang diperoleh pemimpin kerajaan termasuk Mohamad Sabu, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Johor Osman Sapian. – 11 Februari, 2019.
Komen