18 militan maut dalam serangan udara di Afghanistan 


Anggota pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi serangan udara di Aband di luar wilayah Ghazni.– Gambar EPA, 11 Februari, 2019

SERAMAI 18 militan disahkan terkorban manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara yang menyasarkan lokasi persembunyian Taliban di wilayah Ghazni, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Menurut kenyataan tentera, pesawat tempur menyerang tempat persembunyian Taliban di daerah Aband membunuh lima militan, 12 lagi militan maut di daerah Andar dan satu lagi di kawasan Shahbaz di luar wilayah Ghazni.

Seorang komander kumpulan Taliban dikenal pasti sebagai Saifullah Asad antara yang terbunuh.

Setakat ini belum ada kenyataan balas dari kumpulan Taliban mengenai insiden itu. – Bernama, 11 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen