Gempa 4.1 skala richter gegar Bandung


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas dengan kejadian itu. – Gambar AFP, 11 Februari, 2019.

GEMPA bumi bermagnitud 4.1 pada skala richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini.

Gempa berpusat di 17 km Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 minit waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung .

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan serta kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas dengan kejadian itu.

“Kedutaan akan terus memantau situasi ini.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular sila hubungi talian +62215224947,” kata kenyataan itu. – Bernama, 11 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen