Pelancong ditahan terbangkan dron di sekitar Parlimen Myanmar


SEORANG pelancong warga Perancis ditahan kerana menerbangkan dron miliknya berhampiran Parlimen Myanmar di ibu kota Naypyidaw.

Lelaki itu dikatakan cuba menerbangkan dron di atas bangunan kerajaan yang menyalahi undang-undang Myanmar.

Media tempatan melaporkan gambar lelaki Perancis berkenaan termasuk butiran passport dan dron miliknya.

“Pelancong Perancis itu ditangkap lewat petang Khamis 7 Februari lalu kerana menerbangkan dron miliknya di sekitar kawasan parlimen.

“Lelaki itu kini masih dalam tahanan di Naypyidaw,” katanya.

Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penangkapannya dan kakitangan cuba mengeluarkan ikat jamin

Pada Oktober 2017, wartawan, Lau Hon Meng dari Singapura dan Mok Choy Lin dari Malaysia yang membuat dokumentari untuk penyiaran Turkish Radio dan Televisyen (TRT) ditahan bersama wartawan Myanmar, Aung Naing Soe serta pengendali drone, Hla Tin. –  AFP, 11 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen