TIGA kes pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM47 juta yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak, dipindahkan ke mahkamah tinggi.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaimanapun berkata penggabungan ketiga-tiga kes itu dengan pertuduhan lain berhubung skandal SRC International Sdn Bhd, akan diputuskan kemudian.
SRC International merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Nazlan berkata pihak pendakwa raya akan menyediakan senarai saksi dan arahan untuk memanggil mereka untuk memberi keterangan apabila perbicaraan berhubung skandal SRC International bermula esok.
Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengetuai pendakwaan dalam permohonan untuk memindahkan ketiga-tiga kes penggubahan wang haram itu.
Najib diwakili oleh peguam bela Shafee Abdullah.
Najib, 65, yang didakwa dengan 42 pertuduhan kesalahan jenayah, kebanyakannya melibatkan skandal 1MDB, hadir ke mahkamah memakai sut kelabu dan kelihatan tenang.
Terdahulu, Thomas memberitahu mahkamah bahawa kes tersebut mempunyai fakta yang berkaitan dan pelaksanaan prosiding berasingan dalam ‘hierarki’ mahkamah yang berbeza mahkamah tidak menjadi ‘kepentingan keadilan’.
Shafee turut berhujah bahawa pasukan pembelaan hanya mempunyai akses kepada 26 kenyataan saksi yang disediakan oleh pihak pendakwa raya dan ia tidak menunjukkan saksi yang akan dipanggil terlebih dahulu.
“Pemilihan saksi dan arahan untuk membawa mereka merupakan persediaan kami,” kata Thomas sambil menambah pasukan pembelaan masih belum memaklumkan tentang saksi pertama yang akan dipanggil. – 11 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen