Iran sokong kumpulan Palestin menentang Israel


Rakyat Palestin berdepan serangan daripada tentera zionis di sempadan Israel. – Gambar EPA, 11 Februari,2019.

MENTERI Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada Ahad lalu berkata, republik Islam itu akan mengekalkan sokongan terhadap kumpulan penentang Palestin, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita IRNA.

“Iran akan menyokong kumpulan Palestin yang menentang pendudukan dan keganasan rejim Zionis (Israel),” kata Zarif.

Zarif membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha Agung Pergerakan Jihad Islam Palestin, Ziad al-Nakhala di ibu kota Lubnan iaitu Beirut.

Bagi pihaknya al-Nakhala mengucapkan terima kasih kepada Iran atas sokongannya terhadap perjuangan Palestin dan negara itu.

Kedua-dua pihak membincangkan perkembangan terkini di tanah Palestin yang diduduki.

Zarif tiba di Beirut pada Ahad bagi mengadakan rundingan dengan para pegawai kanan Lubnan berhubung peningkatan hubungan. – Bernama, 11 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen