PUTERI pop Ariana Grande menggondol anugerah Grammy pertamanya untuk kategori Vokal Album Pop Terbaik bagi album studionya yang keempat “Sweetener”, bakal memberi saingan sengit kepada penyanyi kegemaran ramai Taylor Swift.
Grande pernah enam kali dicalonkan, tetapi bintang itu tidak hadir pada majlis gala anugerah itu tahun ini.
Beberapa hari sebelum acara itu, beliau menyelar produser anugerah itu kerana “menipu” berhubung keputusannya tidak membuat persembahan pada acara itu.
Penyanyi itu melancarkan album kelima “Thank U, Next” sebelum mengecam produser Ken Ehrlich selepas Ehrlich memberitahu media AS, Grande “merasakan terlalu lambat untuk bersedia membuat persembahan”.
Grande mengecap pelbagai kejayaan sepanjang tahun lalu dengan Billboard menamakannya sebagai Wanita Terbaik 20188.
“Sweetener” menampilkan muziknya yang membawa campuran elemen pop dan R&B dengan sedikit sentuhan hip hop.
Ia turut mendapat penampilan istimewa Pharrell Williams, Nicki Minaj dan Missy Elliott, dan berada di carta tertinggi 200 lagu Billboard AS dengan tiga single.
Selain kerjayanya, kehidupan peribadi Grande turut mendapat perhatian apabila penyanyi itu pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi rap Mac Miller dan pernah bertunang dengan pelawak “Saturday Night Live” Pete Davidson.
Grande berpisah dengan Davidson pada Oktober 2018, sebelum melancarkan “Thank U, Next” – yang memberi gambaran pengajaran diterimanya daripada kisah cintanya.
Beliau turut dicalonkan bagi kategori Persembahan Solo Pop Terbaik untuk “God Is A Woman” tetapi tewas kepada Lady Gaga, yang memenangi kategori itu menerusi lagunya “Joanne (Where Do You Think You’re Going?)”. – AFP, 11 Februari, 2019.
Komen