MAHKAMAH Jordan menjatuhkan hukuman mati kepada dua saudara lelaki pada hari Ahad berhubung serangan 2016 yang diakui dilakukan kumpulan pengganas Daesh, membatalkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kepada lelaki berkenaan pada tahun lepas.
Serangan tembakan di Karak, yang menjadi tempat terletaknya istana-istana Tentera Salib terbesar di rantau ini, membunuh tujuh anggota polis dan dua orang warga Jordan dan juga seorang wanita Kanada, di samping mencederakan 34 orang yang lain.
Ketua mahkamah kerajaan, sebuah tribunal ketenteraan, menjatuhkan hukuman ke atas Khalid al-Majali dan Hamza al-Majali dengan “digantung sampai mati”.
Mahkamah kasasi Jordan, badan kehakiman tertinggi kerajaan beraja itu, membatalkan keputusan November lalu yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas kedua-dua mereka.
“Tindakan terdakwa menyebabkan kekacauan, panik dan gerun di kalangan rakyat Jordan dan pelancong asing di samping mengancam keselamatan dan kestabilan negara,” kata sumber kehakiman kepada AFP.
Kedua-dua adik-beradik itu didakwa, bersama-sama dengan lapan orang lain, melakukan “tindakan ganas”, memiliki senjata secara haram dan menghasilkan bahan peledak.
Tiga daripada mereka dihukum penjara 15 tahun dan lima yang lain menjalani hukuman penjara tiga tahun.
Mahkamah-mahkamah di Jordan, sering menjadi sasaran beberapa serangan maut, ekoran kerap menjalan perbicaraan terhadap suspek-suspek anggota kumpulan jihadis. – AFP, 10 Februari, 2019.
Komen