Bukan lawak tapi fakta, kata Najib


Chan Kok Leong

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata posting yang menyerang kerajaan Pakatan Harapan dimuat naik di akaun laman sosialnya adalah fakta disertakan sindiran.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2019

SAYA bukan pelawak, kata Najib Razak hari ini berhubung posting harian di Facebooknya yang menyerang kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya hanya menulis fakta di akaun Facebook saya. Ianya bukan pembohongan,” kata bekas perdana menteri itu selepas menghadiri sambutan Pesta Ponggal 
Indian Progresif Front di Taman Bangi Jaya, Semenyih hari ini.

“Ya, terdapat sedikit sindiran dan lawak tetapi rakyat Malaysia nampaknya menyukainya,” tambahnya ketika ditanya sama ada beliau menyerang kerajaan PH dengan posting hariannya di Twitter dan Facebook.

“Posting itu adalah campuran sindiran dengan cara yang santai. Tidak ada pembohongan.”

Najib berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang menggelarnya “badut”.

“Sekurang-kurangnya, saya ada sesuatu untuk tertawakan. Beliau jadi badut dan semoga berjaya kepada beliau. Beliau sudah ada profesion baharu daripada menjadi perdana menteri,” kata Amirudin pada Jumaat.

Amirudin mengulas mengenai cubaan Najib yang cuba menjenamakan semula dirinya sebagai juara rakyat dengan slogan “Malu Apa Bossku”.

Menjelang perbicaraannya pada Selasa, Najib telah merentasi negara menggunakan slogan tersebut. Pada sambutan Pesta Ponggal hari ini, beliau melekatkan pelekat “Malu Apa Bossku” di motosikal. – 10 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen