Najib canang 'semak dan imbang' di PRK Semenyih


Chan Kok Leong

Najib, yang akan menjalani perbicaraan pertama bagi tujuh tuduhan rasuah pada hari Selasa depan, cuba membandingkan pencapaian pentadbirannya dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2019.

PERUBAHAN nasib selalu seiring dengan perubahan nada, sama seperti tindakan Najib Razak yang menggesa pengundi untuk menolak Pakatan Harapan (PH) bagi “semak dan imbang”.

“Anda mungkin tidak dapat menukar kerajaan negeri kali ini tetapi anda boleh menghantar mesej kepada Pakatan bahawa anda tidak mahu ditipu oleh janji-janji manis yang dibuat semasa PRU14,” kata bekas perdana menteri itu hari ini di Semenyih, di mana kempen untuk pilihan raya kecil akan bermula Sabtu ini.

Pentadbiran sembilan tahun Najib sebelum ini dicemari dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan cubaan menghalang siasatan ke atas penyelewengan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang beliau kawal, berkata bahawa pengundi Semenyih tidak boleh ditipu dua kali.

PH memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu di DUN Semenyih dengan calon daripada Bersatu, namun ekoran kematian beliau menyebabkan kerusi itu kosong dan pilihan raya kecil bagi menggantikan beliau diadakan.

“Mereka yang tertipu dua kali perlukan periksa kepala mereka.

“Kami mahu komuniti India sedar kesilapan mereka dalam PRU14 dan membetulkan keadaan dalam pilihan raya kecil kali iniini.

“Mereka bukan Pakatan Harapan tetapi Pakatan tidak boleh diharap,” kata Najib, yang menujukan ucapan kepada pengundi India ketika hadir di acara Ponggal yang dianjurkan Front Progresif India yang menganjurkan majlis Ponggal di Taman Bangi Jaya.

Najib, yang akan menjalani perbicaraan pertama bagi tujuh tuduhan rasuah pada hari Selasa depan, cuba membandingkan pencapaian pentadbirannya dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PH.

Beliau berkata kira-kira tujuh juta orang menerima bantuan tunai (BR1M) di bawah Barisan Nasional, tetapi PH kini telah memotongnya kepada empat juta penerima.

“Sebelum pilihan raya, mereka berjanji memberi RM2,000 seperti BN tetapi selepas menang, mereka hanya mahu memberi RM1,200. Walaupun begitu, ramai yang tidak menerima wang itu.

“Oleh itu, anda perlu berubah supaya ada semak dan imbang dalam kerajaan.”

Semenyih sebelum ini merupakan kerusi milik BN namun kalah buat kali pertama pada PRU14 tahun lalu.

Calon PH daripada Bersatu Bakhtiar Mohd Nor, memenangi hampir 9,000 undi mengatasi Umno dalam pertabdingan empat penjuru yang turut ditandingi PAS dan Parti Sosialis Malaysia.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan.

Sementara itu Presiden IPF Senator M Sambathan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan MIC untuk mengambil alih semula kerusi Semenyih.

“Ramai di antara kita telah sedar selepas lapan bulan bahawa kita tidak boleh mendapat apa-apa bantuan daripada Pakatan. Dan dengan itu kita harus bekerjasama dengan MIC untuk bantu BN menawan semula kerusi ini,” kata Sambathan.

IPF, parti serpihan MIC, telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menyertai BN namun sentiasa disekat oleh MIC. – 10 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen