AS, Korea Utara teruskan rundingan sidang kemuncak minggu depan


Pertemuan yang dijadualkan berlangsung di Hanoi itu adalah pertemuan intim kali kedua antara kedua-dua pemimpin itu. – Gambar AFP, 10 Februari, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Utara akan mengadakan perbincangan lanjut minggu depan untuk mempersiapkan sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un akhir bulan ini, kata Seoul pada Ahad.

Berita itu tampil sehari selepas Wakil Khas AS Stephen Biegun, mengatakan lebih banyak rundingan diperlukan sebelum sidang kemuncak itu diadakan yang akan menyaksikan Vietnam sebagai tuan rumah.

“Korea Utara dan AS bersetuju untuk teruskan rundingan di negara Asia pada minggu 17 Februari,” kata jurucakap presiden di Seoul, Kim Eui-kyeom kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai rundingan tersebut.

Biegun melawat Pyongyang pada awal bulan ini selama tiga hari bagi pertemuan rundingan persediaan sidang kemuncak itu dengan pegawai Korea Utara, di samping Jabatan Negara Korea Utara mengatakan perbincangan itu memfokuskan mengenai Trump dan komitmen Kim Jong Un terhadap denuklearisasi, yang menyaksikan perubahan dalam hubungan AS-Korea Utara bagi membina keamanan di semenanjung Korea “.

Trump dan Kim akan bertemu di Hanoi pada 27 hingga 28 Februari susulan sidang kemuncak pertama mereka di Singapura pada Jun, tahun lalu.

Pertemuan itu menghasilkan sebuah dokumen yang tidak jelas di mana Kim berjanji untuk mengusahakan “denuclearisasi semenanjung Korea”.

Namun kemajuan terbaru di antara kedua-dua negara itu terhenti apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju mengenai maksud yang sebenar dokumen tersebut di samping para penganalisis menyifatkan sebagai sebuah kemajuan yang ketara berhubung denuklearisasi dan ia memerlukan sidang kemuncak kedua bagi menyelesaikan isu tersebut. – AFP, 10 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen