Cetus perpecahan hubungan AS-Israel


Ilhan Omar secara terbuka menyatakan sokongan kepada pergerakan Pemulauan, Perlucutan dan Sekatan (BDS) diketuai Palestin. – Gambar EPA, 10 Februari, 2019.

TINDAKAN dua ahli kongres wanita Islam pertama Amerika Syarikat (AS) menyokong memboikot Israel mencetuskan perpecahan dalam Parti Demokrat.

Ia juga menyebabkan berlakunya keretakan dalam hubungan rapat antara AS dan Israel.

Ilhan Omar dan Rashida Tlaib menjadi anggota Dewan Perwakilan Januari lalu, secara terbuka menyatakan sokongan kepada pergerakan Pemulauan, Perlucutan dan Sekatan (BDS) diketuai Palestin.

Pergerakan yang dilancarkan lebih satu dekat lalu dimodelkan pada gerakan 1960-an untuk menekan Afrika Selatan atas apartheid, menyeru orang dan kumpulan untuk memutuskan hubungan ekonomi, budaya serta akademik dengan Israel dan menyokong sekatan terhadap negara Yahudi.

Rashida berketurunan Palestin dan mewakili daerah Detroit, Michigan yang mempunyai ramai penduduk Islam.

Menurutnya, BDS boleh mengundang tumpuan ke atas isu seperti perkauman dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel ketika ini.

Ilhan pula anak kepada pendatang Somalia yang dilantik mewakili daerah Minneapolis di Minnesota yang mempunyai ramai penduduk berketurunan Somalia.

Katanya, diskriminasi dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin sama seperti amalan apartheid tetapi menafikan beliau anti-Semitik.

Dalam kenyataannya di Yahoo New, Januari lalu bagaimanapun mencetuskan kemarahan dalam kalangan kontinjen besar pro-Israel dalam kongres, terutama komuniti Yahudi dan Israel sendiri yang melihat BDS sebagai ancaman negara.

“Bila saya lihat institut undang-undang Israel yang mengiktiraf ia sebagai negara Yahudi dan tak iktiraf agama lain yang tinggal di dalamnya, dan kita masih anggap ia sebagai demokrasi di Asia Barat, saya hampir ketawa,” katanya kepada Yahoo News. – AFP, 10 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen