Keluarga juruterbang pesawat bawa Sala lancar kempen pungut dana


Mayat yang disahkan pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala dibawa naik ke atas kapal Geo Ocean III pada Khamis dari bangkai pesawat yang hilang berhampiran Guernsey pada 21 Januari. – Gambar AFP, 8 Februari, 2019.

KELUARGA juruterbang pesawat ringan yang terhempas ketika membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala ke Britain melancarkan kempen pungutan dana untuk mencari mayatnya.

Para penyelamat Britain pada Khamis lalu mengenal pasti mayat yang ditemui dalam bangkai pesawat itu adalah penyerang berusia 28 tahun itu. 

Bagaimanapun, arus deras dan cuaca sejuk memaksa operasi pencarian dihentikan sebelum mayat juruterbang itu, David Ibbotson, 59, sempat ditemui. Hanya Sala dan Ibbotson yang berada dalam pesawat berkenaan ketika ia terhempas.

Kempen itu berjaya mengumpul £25,000 (RM131,740) pada Sabtu pagi. Jumlah yang disasarkan ialah £300,000 (RM1.58 juta).

Pesawat ringan berkenaan membawa Sala ke pasukan baharu Liga Perdana Inggeris, Cardiff City ketika ia hilang berhampiran Guernsey pada 21 Januari.

Pemilik Cardiff City, Vincent Tan pada Jumaat berkata kelab itu akan menampung perbelanjaan membawa mayat Sala pulang ke kampung halamannya di Progreso, Argentina untuk dikebumikan. – AFP, 9 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen