Parti Thailand akur titah raja, batal pencalonan Puteri Ubolratana 


Pencalonan Puteri Ubolratana untuk bertanding bagi jawatan perdana menteri dihaang oleh Raja Maha Vajiralongkorn.– Gambar EPA, 9 Februari, 2019

PARTI Politik Thailand akan menurut perintah raja Thailand untuk menghalang pencalonan Puteri Ubolratana sebagai perdana menteri, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu

“Parti Thai Raksa Chart akan mematuhi perintah raja,” katanya dalam satu mesej kepada pemberita. 

Kenyataan itu menambah bahawa parti itu bersedia melakukan tugasnya dan menghormati “tradisi dan keluarga diraja” di bawah monarki berperlembagaan Thailand.

Pengumuman itu secara langsung membatalkan pencalonan Puteri Ubolratana sebelum ini untuk jawatan perdana menteri pada pilihan raya Mac depan selepas penolakan luar biasa pencalonan itu oleh adiknya Raja Thailand Maha Vajiralongkorn.

Thai Raksa Chart pada Jumaat menumumkan puteri itu sebagai calonnya dalam langkah yang mengoyahkan status quo dan mengancam cita-cita junta yang memerintah Thailand sejak ia menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra pada 2014. 

Namun, raja Thailand membantahnya dalam satu kenyataan yang mengatakan bahawa membawa penglibatan ahli keluarga diraja dalam politik adalah bertentangan dengan tradisi budaya kebangsaan dan “sangat tidak wajar”.

Thailand mempunyai beberapa undang-undang yang paling ketat di dunia dan titah raja dianggap muktamad. – AFP, 9 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen