LUPAKAN coklat, bunga atau makan malam romatik. Sebuah zoo di Texas menawarkan peluang untuk menamakan seekor lipas dengan nama bekas kekasih mereka dan menyaksikan ia dimakan merrkat yang disiarkan secara langsung pada Hari Valentine.
Dalam kempennya digelar “Quit Bugging Me!!!”, Zoo El Paso berkata lipas itu adalah hadiah paling sempurna untuk Hari Valentine kepada mereka yang mahu melupakan hubungan lepas yang menyakitkan.
Katanya, lipas itu akan dinamakan mengikut permintaan pembeli dan diberikan kepada meerkat sebagai makanannya dalam lintas langsung di akaun Facebook zoo pada 14 Februari.
Pegawai zoo berkata kemungkinan besar lipas berdesir Madagascar akan digunakan.
“Ia berdesir, lipas jenis besar, tetapi bukan yang terbesar, tetapi ia dibiakkan dalam zoo untuk makanan,” kata Sarah Murphy, pakar pendidikan di zoo tersebut kepada stesyen televisyen, ABC. – AFP, 9 Februari, 2019.
Komen