PERBICARAAN 12 ketua pemisah Catalan yang terlibat dalam usaha keluar dari Sepanyol sehingga mengheret negara itu ke dalam krisis perlembagaan akan bermula Selasa ini.
Dijangka berlanjutan sehingga tiga bulan, ia dijadualkan disiarkan secara langsung oleh televisyen dar Mahkamah Agung di Madrid di mana 600 wartawan daripada 150 media tempatan dan asing hadir.
Ia memecah belahkan rakyat- jenaka menurut penyokong kemerdekaan Catalonia- tetapi dianggap keperluan oleh ramai penduduk Sepanyol yang tidak percaya daerah kaya sumber itu cuba keluar dari negara itu pada Oktober 2017.
Carles Puigdemont, bekas presiden Catalonia yang melarikan diri ke Belgium beberapa hari selepas mengisytiharkan kemerdekaan pada 27 Oktober, bukan salah seorang daripada 12 yang akan dibicarakan.
Sepanyol tidak mendakwa tertuduh secara absentia untuk jenayah berat.
Tertuduh utama perbicaraan itu adalah bekas naib presiden Oriol Junqueras yang memilih kekal di Sepanyol.
Dia berdepan penjara 25 tahun sekiranya sabit bersalah kerana memberontak dan salah guna dana awam.
Tertuduh lain termasuklah beberapa bekas menteri atau ahli Parlimen Catalonia serta dua pemimpin dua organisasi pemisah, ANC dan Omnium Cultural.
Sembilan daripada mereka didakwa kerana memberontak, beberapa yang lain kerana salah guna dana awam. Mereka semua sudah ditahan sebelum perbicaraan bermula berbulan lamanya, ada antaranya lebih setahun.
Tiga lagi didakwa kerana ingkar arahan dan salah guna dana awam.
Mereka berperanan penting dalam mengadakan referendum pada 1 Oktober 2017 yang dipenuhi keganasan polis, sebelum mengumumkan kemerdekaan daerah itu.
Bekas perdana menteri konservatif Mariano Rajoy sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
Kerajaannya memecat Kabinet Puigdemont beberapa jam selepas pengisytiharan itu, membubarkan parlimen daerah dan mengenakan pentadbiran pusat terus kepada daerah yang mempunyai kuasa separa autonomi di Sepanyol itu.
Kerajaan Sepanyol mengendakan dakwaan hasutan kepada pemimpin tersebut, yang sabit kesalahan boleh jatuh hukuman 12 tahun penjara.
Penyokong kemerdekaan merancang mengadakan protes di seluruh Catalonia, Madrid dan beberapa kawasan lain di Eropah. – AFP, 9 Februari, 2019.
Komen