BINTANG terkenal bidang musik akan berhimpun di Los Angeles pada Ahad untuk Anugerah Grammy- dan tahun ini, pemerhati berharap lebih ramai artis hip hop dan wanita menang selepas bertahun diketepikan.
Anugerah tahunan bidang musik itu menimbulkan kritikan tahun demi tahun kerana pemenangnya selalunya penyanyi kulit putih lelaki, tetapi buat tahun kedua berturut-turut pencalonan didominasi oleh artis kulit hitam hip hop dalam seluruh kategori.
Penyanyi rap Kendrick Lamar- yang menang Hadiah Pulitzer untuk albumnya, “DAMN” tetappi tidak dicalonkan untuk Album Tahunan Terbaik Grammy- mendapat lapan pencalonan, manakala penyanyi rap Kanada, Drake meraih tujuh pencalonan.
Penyanyi wanita juga mendapat banyak pencalonan kategori utama termasuklah mereka yang diketepikan tahun lepas: penyanyi rap Cardi B, diva pop Laday Gaga, Janelle Monae dan Brandi Carlie antara pendahulu.
Dalam kategori Anugerah Artis Baharu Terbaik, enam daripada lapan calon adalah penyanyi wanita.
Tetapi, masih wujud skeptikal pencalonan terbanyak akan menang seperti mana berlaku kepada Jay Z tahun lepas yang tidak menang satu pun walau dapat lapan pencalonan.
Menjelang majlis tersebut, beberapa kontroversi mula timbul, termasuklah keenganan beberapa bintang ternama untuk buat persembahan.
Drake, Lamar dan Childish Gambino semuanya menolak tawaran persembahan dan Ariana Grande menarik diri kerana perbezaan kreatif dengan penganjur.
Malah, penerbit menang Grammy, Ken Ehrlich mengakui wujud masalah apabila bintang hip hop merasakan tidak dihargai Grammy yang mempunyai lebih 13,000 ahli musik profesional itu.
Majlis yang akan diadakan pada Ahad itu akan diacarakan oleh penyanyi terkenal Alicia Keys, menampilkan persembahan Gaga, Cardi B, Carlile dan Monae.
Ikon musik Dolly Parton akan diberi penghormatan menghargai jasanya dalam bidang musik, beliau juga akan membuat persembahan.
Sebuah segmen menghargai Aretha Franklin juga dirancang.
Majlis akan disiarkan pada Ahad bermula jam 5 petang waktu tempatan (0100 GMT Isnin). – AFP, 9 Februari, 2019.
Komen