PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pada Jumaat bahawa sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan berlangsung di Hanoi pada 27 dan 28 Februari.
“Wakil saya baru sahaja meninggalkan Korea Utara selepas mesyuarat yang sangat produktif dan masa dan tarikh sudah dipersetujui untuk sidang kemuncak kedua dengan Kim Jong Un. Ia akan berlaku di Hanoi, Vietnam, pada 27 dan 28 Februari. Saya berharap dapat bertemu Pengerusi Kim dan meningkatkan usaha keamanan!” tulis Trump di akaun Twitter miliknya.
“Korea Utara, di bawah pimpinan Kim Jong Un, akan menjadi kuasa ekonomi yang hebat,” katanya.
“Beliau mungkin mengejutkan beberapa pihak tetapi beliau tidak akan mengejutkan saya, kerana saya mengenalinya dan memahami sepenuhnya kemampuan beliau.”
“Beliau mungkin mengejutkan beberapa pihak tetapi beliau tidak akan mengejutkan saya, kerana saya mengenalinya dan memahami sepenuhnya kemampuan beliau. Korea Utara akan menjadi satu lagi kuasa ekonomi!” – AFP, 9 Februari, 2019.
Komen