Tanzania setuju bebaskan 1,900 tahanan Ethiopia


Ratusan pendatang Ethiopia ditahan di Tanzania setiap tahun ketika mereka melalui negara itu untuk ke Afrika Selatan. – Gambar AFP, 9 Februari, 2019.

TANZANIA memutuskan untuk membebaskan kira-kira 1,900 warga Ethiopia yang dipenjara di negara ini, kata kedutaan Ethiopia di Dar Es Salaam dalam status Facebook pada Jumaat.

“Keputusan itu dibuat selepas pegawai kedutaan Ethiopia mengadakan perbincangan mengenai nasib tawanan dengan pegawai kanan kerajaan Tanzania termasuk Menteri Luar Tanzania, Augustine Mahiga,” kata kenyataan itu.

Tiada penjelasan mengenai kesalahan dilakukan bagi rakyat Ethiopia yang dipenjarakan.

Bagaimanapun, ratusan pendatang Ethiopia ditahan di Tanzania setiap tahun, ketika melalui negara itu bagi perjalanan menuju ke Afrika Selatan. – AFP, 9 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen