PEGUAM yang juga aktivis Siti Kasim yang dijangka akan didakwa pada Selasa kerana menunjukkan isyarat lucah dua tahun lalu, kini mengambil tindakan terhadap polis.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis kerana menyerbu rumahnya kerana disyaki menculik anak guamnya.
“Anak guam saya, Anis Izzaty Ruslan, yang polis tuduh saya culik, dan akan saman polis kerana serbuan di tengah malam itu,” kata peguam berkenaan.
Ini berikutan posting di Facebook peguam yang juga aktivis itu yang mendakwa beliau dimaklumkan oleh polis bahawa dirinya akan didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada Selasa.
Pendakwaan itu adalah berkaitan tindakannya menunjukkan isyarat lucah pada forum “Pindaan Akta 355: Antara Realiti Dan Persepsi” pada 2016.
Beliau kemudian mendakwa pegawai kanan polis di Selangor cuba untuk menangkapnya dan menambah beliau terlibat dalam serbuan di rumahnya.
Siti akan diwakili peguam Suzana Norlihan Alias dan New Sin Yew. – 8 Februari, 2019
Komen