Pejabat PM Kanada nafi masuk campur kes rasuah


Pejabat PM Kanada Justin Trudeau menafikan masuk campur dalam kes rasuah SNC-Lavin. – Gambar EPA, 8 Februari, 2019.

PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau pada Khamis menafikan laporan pejabatnya campur tangan dalam urusan kes rasuah dan penipuan membabitkan gergasi pembinaan Kanada SNC-Lavalin, lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar The Globe and Mail mengatakan pegawai Pejabat Perdana Menteri cuba memujuk bekas peguam Jody Wilson-Raybould supaya menyelesaikan kes terbabit di luar mahkamah.

“Bukan saya atau sesiapa pun dari pejabatnya mengarahkan Wilson-Raybould, atau penggantinya David Lametti, untuk membuat sebarang keputusan mengenai kes itu”, katanya. 

Syarikat yang berpangkalan di wilayah Quebec itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai kerajaan Libya di bawah pimpinan Muammar Gaddafi membabitkan sejumlah AS$36 juta, selain menipu organisasi Libya dianggarkan bernilai AS$98 juta antara tahun 2001 dan 2011.

Kes kini dibicarakan di mahkamah dan jika disabitkan bersalah, SNC-Lavalin boleh dihalang bersaing bagi mendapatkan kontrak Kerajaan Kanada selama 10 tahun.

Dalam rombakan kabinet bulan lalu, Trudeau menukar Wilson-Raybould yang memegang portfolio keadilan menjadi menteri hal ehwal veteran dan menteri pertahanan bersekutu. – Bernama, 8 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen