7 dipenggal di utara Mozambique


Kejadian berlaku di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique pada awal Khamis. – Gambar fail AFP, 8 Februari, 2019.

TUJUH orang dipenggal dan tiga remaja perempuan diculik lelaki bersenjata di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique awal Khamis, lapor Radio Mozambique (RM). 

Penyerang menceroboh sebuah rumah di daerah Macomia sebelum memenggal kepala mangsa manakala beberapa lagi orang yang berada di tempat kejadian berjaya melarikan diri.

Mayat kesemua mangsa ditemui oleh beberapa penduduk lain dan remaja berusia antara 13-15 tahun gagal dikesan.

Bimbang diserang kumpulan bersenjata kebanyakan penduduk di beberapa daerah wilayah itu bersembunyi serta tidur di dalam hutan dan akan kembali ke rumah masing-masing sebelah pagi. – Bernama, 8 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen