ANGKA kematian dalam kejadian empangan runtuh di sebuah lombong di negeri Minas Gerais di tenggara Brazil kini naik kepada 157 orang, manakala 182 lagi belum ditemui, menurut pihak berkuasa pada Khamis.
Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan masuk minggu kedua sejak kejadian pada 25 Januari lalu di bandar Brumadinho.
Pihak berkuasa berkata mereka yang disenaraikan hilang dianggap sudah mati.
Operasi berdepan jalan sukar apabila pasukan penyelamat terpaksa melawan hujan yang membataskan usaha mereka menerbangkan helikopter di kawasan kejadian.
Hampir semua yang maut dan hilang adalah pekerja lombong bijih besi. Mereka tertimbus di bawah runtuhan sisa lombong apabila empangan runtuh di atas bangunan kafeteria dan pentadbiran. – AFP, 8 Februari, 2019.
Komen