Syarikat minyak Perancis bekukan operasi di Venezuela


Venezuela sedang bergolak hebat, dengan campur tangan kuasa besar dunia menyebabkan ketidakstabilan ekonominya. – Gambar EPA, 7 Februari, 2019.

SYARIKAT minyak dan gas Perancis, Total sudah memindahkan semua kakitangannya dari Venezuela, di mana akaunnya dibekukan kerana sekatan AS, kata ketua pegawai eksekutifnya hari ini.

“Akaun itu disekat kerana keputusan AS,” kata CEO Patrick Pauyane pada pembentangan penyata kewangan tahunan Total.

“Satu lagi masalah, disebabkan sekatan, kami tak lagi menguruskan Venezuela dari AS, tetapi dari Eropah,” tambahnya.

Total sebelum ini menguruskan operasi Venezuelanya dari AS.

“Kami memutuskan untuk mengeluarkan semua kakitangan dari Venezuela disebabkan perkembangan terbaru sejak Isnin lalu,” katanya.

Sekatan AS dikenakan ke atas syarikat minyak Venezuela, PDSVA pada Isnin minggu lepas, dalam usaha menambah tekanan kepada Presiden Nicolas Maduro.

Puyanne berkata Total “sudah tentu” menghormati sekatan AS dan operasinya di Venezuela akan diletakkan dalam “mode hibernasi”.

Laman sesawang Total melaporkan mempunyai 50 orang kakitangan di Venezuela, di mana syarikat itu terlibat dalam penerokaan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli.

Pouyanne secara sinis “merendahkan” kepentingan Venezuela kepada Total, berkata ia hanya mengeluarkan antara 500,000 hingga tiga juta tong setiap hari.

Total sebelum ini mengumumkan keuntungan bersihnya naik 33% kepada AS$11.4 bilion pada 2018 kerana kenaikan harga minyak dan gas. – AFP, 7 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen