Lombong di Afrika Selatan meletup, 5 maut


Aktiviti perlombongan haram merupakan masalah besar di Afrika Selatan menyaksikan penduduk sanggup menggadai nyawa dengan masuk ke dalam lombong tinggal bagi menggali sisa galian. – Gambar EPA, 7 Februari, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA  lima orang terbunuh dalam insiden letupan gas di sebuah lombong arang batu terbiar di wilayah Mpumalanga timur Afrika Selatan, lapor agensi berita Anadolu memetik seorang pegawai kerajaan pada Khamis.

“Setakat ini lima orang disahkan maut manakala 22 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan,” kata Menteri Wilayah Hal Ehwal Koperasi dan Tradisional Speedy Mashilo kepada penyiar tempatan Enca.

Mashilo berkata pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari dan menyelamat buat sementara berikutan ketiadaan oksigen di kawasan bawah tanah.

Operasi disambung semula sebelah petang selepas peralatan untuk mengepam oksigen di bawahtanah tiba di lokasi kejadian.

Laporan media tempatan memetik sumber mengatakan mangsa yang maut dan terperangkap masuk ke lombong arang batu Gloria pada Rabu dipercayai untuk mencuri wayar tembaga. Namun perkara itu belum disahkan. 

Aktiviti perlombongan haram merupakan masalah besar di Afrika Selatan menyaksikan penduduk sanggup menggadai nyawa dengan masuk ke dalam lombong tinggal bagi menggali sisa galian. – Bernama, 7 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen