KERAJAAN sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk mencadangkan undang-undang bagi melindungi warga emas, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah, yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berkata dengan undang-undang baharu itu, kerajaan mahu meningkatkan dan memperbaiki pelan tindakan sedia ada untuk warga emas di bawah Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara.
“Kami melakukan kajian yang teliti kerana pada masa kini terdapat banyak anak yang mengabaikan ibu bapa mereka kerana tidak mempunyai hasrat untuk menjaga ibu bapa.
“Mereka sendiri mungkin tertekan dengan keadaan kewangan dan oleh itu kita melihat jalan untuk menanganinya secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat penjagaan harian dan latihan bagi kanak-kanak istimewa Tasputra di Ampang hari ini. – 7 Februari, 2019.
Komen