Gempa bumi gegar Maluku Utara


Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter menggegarkan barat laut Ternate, Maluku Utara, Indonesia hari ini. – Gambar EPA, 7 Februari, 2019.

GEMPA bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter menggegarkan barat laut Ternate, Maluku Utara, Indonesia hari ini.

Gempa berpusat di 129km barat laut Kota Ternate itu berlaku pada 11.15 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran turut dirasai di Kota Menado, di Pulau Sulawesi Utara.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh BMKG.

Setakat ini laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa belum diterima. – Bernama, 7 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen