PENGAKHIRAN rasmi pegangan ke atas wilayah-wilayah di Iraq dan Syria oleh IS mungkin diumumkan secepat minggu depan, kata Presiden Donald Trump ketika rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) berjuang habis-habisan untuk mengusir kumpulan pengganas itu dari benteng terakhirnya di Syria.
Presiden itu membuat pengumuman tersebut ketika berucap pada mesyuarat menteri-menteri luar gabungan negara anti IS yang diketuai AS di Washington, lapor agensi berita Turki Anadolu.
“Khalifah IS telah dihancurkan,” kata Trump pada mesyuarat itu.
Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa meskipun hanya terdapat saki-baki anggota kumpulan itu di wilayah terbabit, kewujudan benteng IS yang masih beroperasi di rantau itu akan terus menjadi ancaman.
“Yakinlah bahawa kami akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menewaskan setiap orang yang terlibat dengan kegilaan IS sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir,” katanya. – Bernama, 7 Februari, 2019.
Komen