PENYIASAT Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, semalam.
“Dalam keadaan mencabar, Cabang Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan kontraktornya berjaya menemui mayat yang dilihat sebelum ini di celah bangkai pesawat,” kata AAIB.
“Operasi membawa keluar mayat dilakukan sebaik mungkin dan ahli keluarga dimaklumkan berkenaan perkembangan itu.”
Bagaimanapun, usaha membawa pulang bangkai pesawat itu tidak berjaya kerana keadaan cuaca buruk.
“Ramalan cuaca buruk menyebabkan satu keputusan sukar terpaksa diambil untuk menutup operasi itu,” kata kenyataan itu.
Mayat yang ditemui akan diserahkan kepada koroner untuk dikenal pasti.
Pesawat ringan membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang, David Ibbotson, ke pasukan baru Liga Perdana, Cardiff City, hilang berhampiran pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu. – AFP, 7 Februari, 2019.
Komen