Tampar pegawai imigresen Bali, wanita Britain dipenjara


Taqaddas, yang bersumpah mahu merayu keputusan mahkamah, dibawa ke mahkamah pada hari Rabu selepas tidak hadir pada beberapa sidang awal mahkamah, kata pihak berkuasa. – Gambar AFP, 6 Februari, 2019.

SEORANG wanita berwarganegara Britain dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan pada hari Rabu susulan menampar seorang pegawai imigresen di Bali selepas terlepas penerbangan gara-gara visa pelancong yang telah tamat tempoh.

Mahkamah di pulau percutian Indonesia itu mendapati Auj-e Taqaddas, 43, bersalah menyerang pegawai di lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai pada Julai tahun lalu.

Video tular menunjukkan wanita itu mula menghamburkan kata-kata kesat ketika dia diberitahu bahawa dia perlu membayar denda ASD4,000 kerana paspot menunjukkan wanita itu tinggal di Bali dengan visa yang telah tamat tempoh selama beberapa bulan.

Taqaddas kemudian memukul seorang pegawai, menuduh bahawa pegawai itu menyebabkan dirinya terlepas penerbangan.

Taqaddas, yang bersumpah mahu merayu keputusan mahkamah, dibawa ke mahkamah pada hari Rabu selepas tidak hadir pada beberapa sidang awal mahkamah, kata pihak berkuasa.

Taqaddas tidak ditahan sebelum hukuman tersebut dijatuhkan.

“Kami memantau pergerakannya pada minggu lalu dan petang ini kami secara paksa membawa beliau ke mahkamah,” kata pendakwa Waher Tulus Jaya Tarihoran.

“Dia melawan, memukul dan menendang pendakwa kami.” – AFP, 6 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen