MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menolak tawaran AirAsia untuk menyelesaikan isu tuntutan balas RM400 juta berkaitan dengan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di klia2, kata syarikat penerbangan tambang murah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Riad Asmat berkata kumpulan syarikat penerbangan itu mencadangkan pengantara kepada operator lapangan terbang itu untuk menyelesaikan isu PSC di klia2 tetapi MAHB menolak tawaran itu menerusi satu surat dihantar oleh peguamnya.
“Kami kesal apabila MAHB menolak tawaran berdamai AirAsia untuk menyelesaikan isu tertunggak antara kami menerusi pengantara, khususnya apabila MAHB baru-baru ini berkata ia ‘optimistik perkara itu dapat dan akan diselesaikan’.
“Kami akan mendapatkan nasihat daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tentang langkah seterusnya untuk menangani masalah ini.
“Namun, kami mempertahankan hak kami dan mengambil semua tindakan perlu untuk melindungi kepentingan pelanggan dan pemegang saham,” katanya. – 6 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen