IRAN hari ini menolak untuk dikaitkan dengan mekanisme Kesatuan Eropah (EU) yang baharu bagi meneruskan urusan perdagangan dengan Tehran tanpa melanggar sekatan Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang antipenggubahan wang haram.
Iran disenaraihitam dalam Pasukan Petugas Bertindak Khas Kewangan (FATF) bagi mengekang kes penggubahan wang haram dan aktiviti membiayai kumpulan pengganas oleh Tehran.
Namun FATF menggantung senarai itu sejak 2017 apabila Tehran berjanjin untuk melakukan pembaharuan di negaranya.
“Mengaitkan (Iran) terhadap pelaksanaan mekanisme ini…yang memerlukan ketetapan daripada institusi seperti FATF adalah tidak boleh diterima,” kata Kementerian Luar Iran.
Pemimpin EU pada Isnin mengalu-alukan mekanisme baharu itu untuk berdagang dengan Iran tetapi memberi amaran kepada Tehran berhubung program peluru berpandu dan dasar serantau selain menggesa republik Islam itu untuk melaksanakan pembaharuan bagi mematuhi tuntutan FATF.
Britain, Perancis dan Jerman mewujudkan sistem baharu itu pada minggu lalu bagi membolehkan syarikat dari Eropah untuk berdagang dengan Iran tanpa melanggari sekatan AS.
Iran dalam kenyataan kementerian luarnya mengalu-alukan langkah positif EU itu tetapi turut mengkritik amaran yang dikeluarkan oleh blok Eropah itu berhubung program peluru berpandu dan dasar serantaunya.
“Aktiviti pertahanan Iran merupakan hal pertahanan dan hal domestik yang tidak pernah menjadi agenda dalam rundingan kita dengan negara lain,” kata kementerian itu.
“Membangkitkan isu itu di bawah perkembangan semasa serantau merukan ancaman jelas terhadap keselamatan Republik Iran dan tidak konstruktif.”
Tehran menggesa negara Eropah untuk meneliti secara realistik terhadap insiden dan isu serantau, dan tidak dipengaruhi oleh AS. – AFP, 5 Februari, 2019.
Komen