Wakil khas AS untuk Korea Utara, ke Pyongyang


Wakil Khas AS ke Korea Utara Stephen Biegun bersalaman dengan Pengarah Keselamatan Negara Korea Utara Chung Eui-yong dalam satu pertemuan di Seoul semalam. – Gambar EPA, 5 Februari, 2019.

WAKIL Khas Amerika Syarikat (AS) untuk Korea Utara akan ke Pyongyang esok bagi membincangkan gerak kerja menjelang sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dengan Kim Jong-un, kata Jabatan Dalam Negeri semalam.

Menjelang persiapan ke arah sidang kemuncak itu, pertemuan Stephen Biegun dengan pegawai kanan Korea Utara, Kim Hyok Chol antara lain akan menyentuh tentang perkembangan terkini komitmen yang diberikan presiden dan Pengerusi Hyok Chol di Singapura.

Ia termasuk penamatan sepenuhnya program nuklear dan peluru berpandu, transformasi dalam hubungan Korea Utara-AS dan membina keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea, menurut satu kenyataan.

Dalam satu temu bual di CBS Ahad lalu, Trump berkata tarikh dan lokasi sidang kemuncak kedua dengan Utara sudah dipersetujui. Ia akan diumumkan sebelum atau selepas majlis ucapan “State of the Union” hari ini.

Difahamkan Vietnam berkemungkinan besar menjadi lokasi pilihan sidang kemuncak kedua lewat bulan ini selepas Singapura pada Jun tahun lalu. – AFP, 5 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen