Neymar sambut ulang tahun penuh gaya walau bertongkat


Pemain bola sepak terkemuka dunia Neymar mencium anaknya Davi Lucca ketika tiba di parti hari jadinya di Paris semalam. – Gambar AFP, 5 Februari, 2019.

NEYMAR menyambut hari ulang tahunnya ke-27 dengan parti mewah bersama keluarganya, pasukan Paris Saint-Germain dan barisan selebriti.

DJ Bob Sinclair, penyanyi Brazil Wesley Safadao dan juara luncur dunia Gabriel Medina antara 200 tetamu yang hadir pada majlis penuh gaya di Pavillon Gabriel berhampiran Champs-Elysees.

Pemain bola sepak termahal dunia itu, masih mengalami kecederaan di kaki kanannya, menyambut tetamunya dengan menggunakan dua tongkat berwarna merah, selaras dengan tema partinya iaitu Malam Merah.

Antara ahli pasukannya yang hadir ialah kapten Thiago Silva dan penjaga gol Alphonse Areola. – AFP, 5 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen