Nayib Bukele presiden baharu El Salvador


Bekas datuk bandar San Salvador, Nayib Bukele memenangi pilihan raya presiden El Salvador semalam. – Gambar EPA, 4 Februari, 2019.

BEKAS datuk bandar popular San Salvador, Nayib Bukele memenangi pilihan raya presiden negara Amerika Tengah itu semalam.

“Kami dengan penuh keyakinan mengumumkan bahawa kami memenangi pilihan raya presiden ini,” kata Bukele, 37, kepada penyokongnya.

Beberapa minit sebelum pengesahan itu, Tribunal Agung Pilihan Raya (TSE) mengumumkan 52.9% undian memihak kepada beliau dengan hampir 70% undi dikira.

Dua pesaing rapatnya, pemimpin Perikatan Nasionalis Republikan Carlos Calleja dan Pembebasan Kebangsaan (FMLN), Farabundo Marti Front mengiktiraf kemenangan itu.

Bukele berjanji untuk meningkatkan pelaburan dalam pendidikan dan memerangi rasuah, namun tugas utamanya adalah melaksanakan program baharu dalam menangani keadaan keselamatan.

Beliau bagaimanapun perlu membentuk satu pakatan dengan parti berhaluan kanan yang menguasai kongres. – AFP, 4 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen